29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelitup muka, sanitasi di masjid, surau perlu dikekalkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan agar pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan di masjid dan surau dapat dikekalkan sebagai langkah pencegahan berterusan. 

Zulkifli menerusi perkongsian di Facebook berkata, beliau mahu pihak berkuasa agama negeri terus mengekalkan SOP berkenaan bagi mengawal penularan COVID-19 di masjid dan surau. 

“Kita perlu terus menjadikan masjid dan surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan dan pematuhan SOP,” katanya berhubung pengumuman Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu aktiviti solat jemaah di masjid dan surau oleh kerajaan. 

Zulkifli berkata, beliau juga pasti pihak berkuasa agama negeri sedang meneliti usul dan pengumuman baharu oleh kerajaan itu.

Advertisements

“Sebagaimana yang telah saya tegaskan ketika masih menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), hukum penjarakan ketika solat berasaskan kepada sebab (‘illah) iaitu wabak COVID-19 yang memuncak sebelum ini dan kadar vaksinasi yang masih rendah.

“Apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka wajarlah hukum penjarakan ketika solat disemak semula dan dipertimbangkan untuk dimansuhkan,” katanya.

Katanya, jika diteliti apa yang telah diamalkan di negara-negara dunia dalam kalangan negara umat Islam, usaha merapatkan saf telah pun dijalankan sebagaimana yang dilaksanakan di Arab Saudi baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan