24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

PPV ‘offsite’ ditutup secara berperingkat mulai bulan ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 111 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) luar tapak (offsite) yang dibuka di seluruh negara sebelum ini bagi merancakkan pemberian dos penggalak Covid-19 akan ditutup secara berperingkat mulai bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Datuk Dr. Anas Alam Faizli berkata, ini kerana peratusan populasi dewasa yang mendapat suntikan vaksin tambahan itu sudah mencapai 64 peratus.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemberian vaksin dos penggalak akan terus dilaksanakan menerusi PPV onsite yang berdaftar di bawah ProtectHealth.

“Kebanyakan PPV offsite sebelum ini menggunakan dewan komuniti, pusat konvensyen dan pusat membeli-belah.

“Ini memudahkan orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak kerana terdapat banyak pilihan untuk mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara walk-in,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ProtectHealth terus komited melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk memberi dos penggalak kepada orang ramai.

Baca juga:   PPV IDCC Shah Alam ditutup sehari, petugas positif Covid-19

Beliau berkata, sebelum ini lebih 2,000 PPV yang berdaftar di bawah ProtectHealth telah beroperasi dalam memainkan peranan memberi vaksinasi dos penggalak.

Namun, sehingga kini hanya terdapat 1,102 PPV onsite yang berdaftar dengan ProtectHealth masih memberikan suntikan dos penggalak di seluruh negara.

Dr Anas berkata, individu bercadang untuk mendapatkan suntikan dos penggalak atau dos primer vaksin COVID-19 (dos 1 dan 2) dinasihatkan menyemak senarai PPV menerusi laman web www.protecthealth.com.my untuk mengelak sebarang kesulitan.

Baca juga:   Ramai mangsa Macau scam berumur 51 tahun ke atas

“Senarai PPV yang berdaftar dengan ProtectHealth akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu Dr Anas menggesa mereka yang belum mendapat suntikan dos penggalak agar berbuat demikian kerana ia berjaya mengurangkan kesan jangkitan Covid-19, mengurangkan kadar kemasukan ke hospital serta juga kadar kematian.

Untuk rekod, sehingga 7 Mac lalu lebih 15 juta dos penggalak telah diberikan dan 77.5 peratus atau 11.6 juta dos disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta (PMP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penjagaan Kesihatan di bawah ProtectHealth.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PN akan jadi pembangkang terbaik, semak-imbang kerajaan

PERIKATAN Nasional (PN) sedia memberikan yang terbaik bagi menyemak dan imbang Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional...

Lagi Artikel Berkaitan