34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Hampir 4 juta rakyat Malaysia dijangkiti virus COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes jangkitan COVID-19 negara meningkat sebanyak 24,241 lagi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini menghampiri 4 juta atau tepatnya 3,951,678 kes.

Sebanyak 23,720 kes yang dilaporkan semalam membabitkan penularan tempatan manakala 521 lagi adalah kes import.

Berdasarkan data COVIDNOW, setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 294,366 kes positif masih lagi aktif, dengan sebanyak 284,592 menjalani isolasi di rumah.

Pada masa sama, seramai 1,791 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 7,600 dirawat di hospital.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan sebanyak 26,615 kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, menyumbang kepada jumlah keseluruhan 3,623,068 kes.

Dalam pada itu, menerusi data sama turut melaporkan sebanyak 59 kes kematian akibat COVID-19 semalam, dengan 13 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menyumbang kepada sejumlah 34,244 kes kematian akibat COVID-19 setakat ini termasuk 7,176 kes BID.

Perak melaporkan kes kematian akibat COVID-19 tertinggi semalam dengan 15 kes termasuk tiga kes BID.

Ia disusuli Selangor dengan 12 kematian dan tiga kes BID; Johor dengan 11 kematian; enam kematian di Kelantan yang kesemuanya kes BID; Melaka (lima); Pahang (tiga); masing-masing dua kematian di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak (termasuk satu kes BID) dan satu kematian di Kedah.

Sementara itu, sebanyak 78.9 peratus daripada populasi negara sudah melengkapkan vaksinasi terhadap COVID-19 manakala 47.2 peratus daripada populasi Malaysia sudah mengambil dos penggalak.

Sebanyak 46,039 dos vaksin diberikan semalam, dengan 30,617 adalah dos penggalak; 13,256 dos pertama dan 2,166 dos kedua.

Setakat tengah malam tadi juga, 34.4 peratus daripada populasi berusia antara lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala sebanyak 94.5 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah mendapatkan dos pertama.

Sehingga kini, sebanyak 91.3 peratus populasi remaja negara sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.- Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan