28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MAIS bantu mangsa banjir di Terengganu, Kelantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas di Terengganu dan Kelantan dalam insiden yang berlaku pada 26 Februari lalu.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

“Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai RM100,000. Agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang berjumlah RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahir berkata, YIDE mengagihkan bantuan sebanyak 1,000 pek makanan asas dengan nilai sumbangan sebanyak RM100,000.

Katanya lagi, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) pula berperanan membekalkan pek makanan asas kepada mangsa-mangsa banjir.

“Sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM100,000 iaitu RM50,000 daripada MAIS dan RM50,000.00 daripada LZS dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000 bagi setiap negeri,” katanya.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ahmad Shahir kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin dan Ketua Pegawai Baitulmal, MAIK, Ridhwan Abdul Rahman.

Sumbangan MAIS ini adalah bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir.

Terdahulu, MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan anak syarikat menyumbang sebanyak RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir di Selangor dalam kejadian 17 Disember, dua tahun lalu.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan