26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Guna PAU medan perjuang bela nasib rakyat – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar kesemua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 sebagai medan perjuangan membela nasib rakyat sebaik-baiknya.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata, sesungguhnya UMNO adalah nakhoda bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

“Semoga Allah SWT merahmati perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan wanita, pemuda dan puteri UMNO dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Upacara perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, malam ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Baca juga:   Akta Antilompat Parti dibentang Julai ini - Ismail Sabri

Untuk rekod, seramai 5,571 orang perwakilan bakal menghadiri PAU 2021 yang bermula pada 16 hingga 19 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata, usul Ucapan Dasar Presiden adalah usul utama dan pembahas boleh membangkitkan isu serta cadangan mengenai agama, pendidikan, ekonomi, sosial, antarabangsa dan politik.

“PAU2021 diwarnai dengan semangat dan kesyukuran yang tinggi setelah BN menang di PRN Melaka 21/28 kerusi (75 peratus), rakan karib BN iaitu GPS di Sarawak menang 76/82 kerusi (92 peratus) dan di Johor menang 40/56 kerusi (72 peratus),” katanya.

Baca juga:   ‘Diserang’ dari dalam, jangan harap Pas akan berantakan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan