26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

UMNO belum pulih daripada hukuman keras bangsa Melayu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 agar tidak terus hidup dalam penafian.

Mohamad berkata, sehingga kini, di sebalik kemenangan besar dalam pilihanraya negeri (PRN) Melaka dan Johor, UMNO sebenarnya belum pulih sepenuhnya dari hukuman keras bangsa Melayu terhadapnya.

“Sesungguhnya, penolakan orang Melayu terhadap UMNO telah mendatangkan dua kesan yang sangat penting.

“Pertama, ia melemahkan UMNO. Malah menyebabkan politik Melayu menjadi sangat berkecamuk dan bercempera.

“Kedua, kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu meruncing,” katanya dalam ucapan Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Ujar Mohamad lagi, semua tindakan tersebut telah menjerumuskan UMNO ke lembah kelemahan yang sangat parah.

“Tewas dan hilang segala kuasa. Yang paling terpukul adalah bangsa Melayu. Usahawan bumiputra termasuk perusahaan kecil dan sederhana berdepan kegagalan dan ramai yang dah muflis.

“Pemilikan ekuiti korporat bumiputera terus menurun. Wang simpanan persaraan semakin susut. Pengangguran bumiputera meningkat kepada 4.5 peratus pada suku akhir tahun 2021.

Malah menurut beliau, graduan bumiputra semakin ramai yang menganggur.

“Ramai yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan akademik mereka, underemployment. Semua kesusutan ini sangat mengesan dan membimbangkan.

Baca juga:   BN jadi mangsa kempen 'mind setting' dan sentimen buruk PH

“UMNO yang berikrar sebagai pembela orang Melayu tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, melihat semua ini membunuh masa depan bangsa sendiri.

Baca juga:   Speaker tolak usul bahas kematian Adib di Parlimen

Menurut beliau, sebagai parti teras bangsa Melayu, kemaslahatan orang Melayu adalah kemaslahatan UMNO.

“Kemerosotan orang Melayu adalah kemerosotan UMNO. Mari kita renung bersama, bagaimana harus orang Melayu mendepani semua masalah ini?

“Adakah orang Melayu sedar bahawa antara punca masalah ini ialah apabila mereka telah hilang kekuatan politik?

“Apatah lagi bila orang Melayu secara besar-besaran menolak UMNO pada 2018. Kemarahan mereka memuncak. Para perwakilan sekalian. Kita jangan hidup dalam penafian.

Malah beliau juga mengingatkan agar tidak sesekali lupa semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, banyak dasar yang diperkenalkan, bertentangan dengan kepentingan bangsa Melayu.

“Kedudukan orang Melayu meleset sehinggalah akhirnya, setelah 22 bulan, orang Melayu sedar bahawa PH tidak boleh menjadi wakil yang dipercayai dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.

Menurutnya, mereka (PH) hanya pandai mengaburkan mata sesetengah kita.

“Antaranya, kononnya gaji imam dan peruntukan majlis agama Islam dinaikkan. Tetapi semua itu penuh muslihat. Ibarat beri secupak, ambil segantang.

“Justeru, saya menyarankan bahawa telah tiba masanya untuk orang Melayu dan UMNO kembali berpaut dan bertaut. Menaungi satu sama lain.

Menurutnya, jangan dinafikan, orang Melayu perlukan kekuatan politik melalui parti politik yang dominan.

“Yang ideologinya ialah nasionalisme Melayu dan perjuangan Islamnya adalah bersifat berkemajuan.

“Yang nyatanya juga, UMNO sangat memerlukan dukungan bangsa Melayu. Tergalas di pundak UMNO tanggungjawab melindungi bangsa, menjadi jurucakap bangsa dan mencari pencerahan untuk bangsa.

Baca juga:   Isham bakal ganti Tajuddin dalam MKT UMNO?
Baca juga:   UMNO Terengganu mahu Zahid terus terajui parti

Bahkan, beliau turut menyeru untuk bersama-sama ingat mengingati bahawasanya, hubungan UMNO dan bangsa Melayu mesti menjadi lebih konstruktif dan bererti.

“Orang Melayu mendakap UMNO sebagai wadah politik dan UMNO pula mendakap perjuangan bangsa dan agama dengan iltizam sesuai zaman dan perubahan citra bangsa Melayu.

-EDISI9

Terkini

KPDNHEP mula kawal selia pusat rawatan kecantikan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah proaktif meneliti kepelbagaian aspek industri rawatan kecantikan melibatkan...

Lagi Artikel Berkaitan