25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

28,298 kes baharu COVID-19, Selangor catat kes tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 semalam merekodkan sebanyak 28,298 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,900,433 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 698 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 7,561 kes, diikuti Kuala Lumpur (3,565 kes), Johor (2,577 kes), Pulau Pinang (2,441 kes), Kedah (2,034 kes), Negeri Sembilan (1,968 kes), Sarawak (1,555 kes), Pahang (1,302 kes) dan Perak (1,446 kes).

“Seterusnya, Melaka (727 kes), Kelantan (995 kes), Terengganu (934 kes), Sabah (708 kes), Putrajaya (180 kes), Perlis (159 kes) dan Labuan (146 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Advertisements

Dalam masa sama, sebanyak 105 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,099 kes.

Sebanyak 29 kes meninggal dunia membabitkan di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,128 kes.

Menerusi data yang sama, sebanyak 299,331 kes aktif turut dilaporkan melibatkan 289,043 kes dikuarantin di rumah, 2,082 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 7,832 kes di hospital, 141 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 233 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan