30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jumlah kes BID di Kedah membimbangkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kematian di luar fasiliti hospital (BID) yang dilaporkan di negeri Kedah semakin membimbangkan yang mencatatkan sebanyak 65 kematian bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, 86.2 peratus daripada jumlah itu membabitkan individu yang belum menerima suntikan penggalak.

Katanya, kes BID di negeri ini didapati tinggi dan membimbangkan kerana 90 peratus daripada yang meninggal dunia tidak tahu mereka dijangkiti COVID-19.

“Mereka memang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, tetapi masih belum mengambil dos penggalak. Sekiranya ada individu mengalami simptom seperti demam, selsema dan sakit tekak sila lakukan ujian saringan Rapid Antigen Test Kits (RTK).

“Saya harap rakyat tidak ambil mudah mengenai keadaan ini, sudah ada simptom tetapi tidak mahu buat pemeriksaan dan akhirnya menyebabkan kematian,” katanya lapor Harian Metro.

Dr Mohd Hayati berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Pejabat Mufti Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil dos vaksin penggalak.

Katanya, masjid akan dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil dos penggalak.

“Di Kedah, jumlah individu yang menerima suntikan penggalak sangat rendah terutamanya dari kalangan kaum Melayu.

“Saya tidak pasti kenapa, mungkin antaranya disebabkan berita tidak tepat yang tular di media sosial, sebab itu kita rasa masjid perlu mainkan peranan membantu mengajak orang ramai mengambil dos penggalak,” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan