32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JAWI mansuh penjarakan fizikal di masjid, surau mulai 1 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA lagi penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan jemaah boleh merapatkan saf, mulai 1 April ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

“Selain itu, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada individu yang telah menerima vaksin COVID-19.

“Masjid dan surau juga dibenar melaksanakan solat sunat terawih 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan manakala aktiviti qiyamullail dibenarkan di masjid dan surau.

Advertisements

“Namun, aktiviti penyediaan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus,”katanya.

JAWI turut membenarkan aktiviti tadarus Al-Quran di masjid dan surau serta ia boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung, serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan