30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kanak-kanak perempuan tersepit kaki dalam mangkuk tandas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas, apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Maluri, dekat Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Rahmat Kamaruzaman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 9.41 malam.

Beliau berkata, seramai 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, didapati kaki kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun itu telah tersepit di dalam mangkuk tandas.

“Mangsa dipercayai tergelincir mengakibatkan kakinya tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rahmat berkata, kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dijalankan kira-kira dua jam dan dilaksanakan dengan teliti agar tidak mendatangkan kecederaan.

“Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan tersebut dengan memecahkan paip tandas menggunakan power unit,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan