25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Agensi bawah KDN siap siaga pembukaan sempadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAP agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudahpun bersiap siaga sejak awal bulan ini bagi menangani setiap cabaran dan masalah susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata, setiap agensi KDN sedar pengumuman sempadan negara akan dilakukan bila-bila masa oleh kerajaan, justeru pelbagai persedian awal sudah dilaksanakan.

“Kita bersedia sejak 1 Mac lagi tetapi ketika itu tarikh pembukaan sempadan belum ditentukan oleh kerajaan.

“Sekarang kita dah tahu dan sudah pun bersedia kerana setiap agensi melaksanakan persediaan awal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen ‘Kita Demi Negara’, hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Sementara itu, ditanya mengenai kesiapsiagaan anggota penguatkuasa termasuk keperluan penambahan anggota menjelang 1 April ini, Hamzah menjelaskan perkara itu tidak relevan kerana setiap agensi yang ada mencukupi dan bersedia.

“Setiap anggota agensi bertugas dengan begitu baik sekali dan kita mempunyai pelbagai agensi yang mencukupi dan bersedia antaranya Polis Diraja Malaysia (APMM), Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigeren dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Katanya, keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan