Wednesday, July 22, 2026

Gempa bumi lemah di Beluran – MetMalaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi lemah berukuran 3.8 skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.5 darjah utara 117.5 darjah timur di Beluran.

“Gempa bumi itu dikesan 47 km timur dari Pitas, Sabah dengan kedalaman tujuh kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran dan kawasan sekitarnya. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan