31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pembinaan gerai terbakar dibiayai YSIJ mula dilaksanakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERJA-KERJA pembinaan lima gerai yang musnah dalam kebakaran di Felda Ulu Tebrau, semalam sudah dilaksanakan pagi tadi.

Kerja-kerja tersebut dijalankan kurang 24 jam selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat bertemu dengan mangsa-mangsa kebakaran, malah baginda bertitah segala kos pembinaan akan dibiayai sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Pada pagi hari ini, kerja-kerja meroboh gerai bagi pembinaan semula telah bermula dengan dipantau sendiri oleh wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong.

“Tengah hari semalam saya melawat kawasan kejadian dan pagi ini kerja-kerja sudah pun bermula. Saya sentiasa mahukan tindakan pantas membantu rakyat. Ini merupakan cara kerja saya…, kurangkan bercakap lebihkan bekerja,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

David Wong turut menyampaikan sumbangan peribadi Sultan Johor kepada mangsa kebakaran beserta kotak sumbangan makanan YSIJ. Kredit: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, David Wong turut menyampaikan sumbangan peribadi Sultan Johor kepada mangsa kebakaran beserta kotak sumbangan makanan YSIJ.

“Sultan Johor sendiri yang melukis pelan pembinaan secara terperinci dari segi bahan binaan serta warna cat. Baginda juga berkenan untuk menyediakan tandas bagi kemudahan peniaga dan pelanggan.

“Kerja-kerja meroboh gerai dan perbincangan pelan bersama pemilik gerai dilakukan pada hari ini agar pembinaan semula dapat dilakukan segera seperti yang dititahkan oleh Baginda,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan