25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas kembali beroperasi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Latihan KEMAS Kepala Batas bakal beroperasi semula selepas ditutup sementara selama dua tahun setelah kerja-kerja naiktaraf siap sepenuhnya penghujung Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan KEMAS Malaysia, Abdul Kahar Abdullah berkata, pusat Latihan yang menelan kos keseluruhan RM 3.5 juta itu diselaraskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui JKR Daerah Seberang Perai Utara.

“Skop projek baikpulih bangunan ini melibatkan pembinaan tiga tingkat Blok Akademik yang berhawa dingin mempunyai empat bilik kuliah, Bilik Mesyuarat serta kelas TABIKA dan TASKA KEMAS.

“Pihak KEMAS sangat menghargai kerjasama yang baik dari pihak JKR kerana telah menyiapkan bangunan yang sangat diperlukan untuk melatih pegawai-pegawai KEMAS,” katanya dalam majlis penyerahan projek Naiktaraf Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas mampu memuatkan seramai 80 orang pegawai untuk berkursus dalam satu-satu masa. Kredit: KEMAS

Turut hadir, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang, Ir Ahmad Nadzri Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pembangunan KEMAS Md.Ramzi Ishak, Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional KEMAS, Nore’in Mohd Syukor serta Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang Mohd Zaki Ismail.

Pada program berkenaan, JKR menyerahkan kembali kepada KEMAS.

Ujar Abdul Kahar lagi, mulai Mei tahun ini bakal Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS akan mula mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak selama dua bulan secara bersemuka di sini.

Sementara itu, Pengetua Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Mohd Hanafi Abd Muttalib turut berterima kasih dan bersyukur kepada pihak pengurusan KEMAS kerana prihatin dalam usaha memastikan keselesaan kepada kakitangan KEMAS yang akan menerima manfaat daripada kerja naiktaraf yang dilakukan oleh pihak JKR.

Advertisements

“Kami sangat bersyukur kerana dengan kerja naiktaraf yang dibuat ini akan memberikan keselesaan serta mampu memuatkan seramai 80 orang pegawai untuk berkursus dalam satu-satu masa,” ujar beliau.

Selain itu menurutnya, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan Pagar Utama Baru, penurapan jalan, Bekalan Elektrik dan Air, Sistem Pencegahan Kebakaran Bangunan Akademik dan sistem kumbahan.

Untuk rekod, JKR melalui JKR Daerah Seberang Perai Utara telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana bermula 28 Januari 2020 dan bangunan berkenaan telah berjaya disiapkan pada 27 Januari lalu oleh Syarikat Ikhtisas Mulia Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama.

Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas tersebut antara yang tertua di Malaysia.

Terletak di atas tanah seluas 1.1 hektar. Jarak dari Pekan Kepala Batas sejauh 1 km sahaja.

Pusat Latihan ini pada mulanya dikenali sebagai Taman Asuhan (RIDA) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh Wong Paw Nee iaitu selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu pada 15 Ogos 1963.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan