24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Penugasan polis di KLIA, klia2 pastikan pengembara patuh SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBU Pejabat Polis Daerah KLIA, akan menempatkan seramai 100 anggota bertugas di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) apabila sempadan negara dibuka semula Jumaat ini bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pengembara.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman berkata, polis akan memastikan pengembara mengimbas MySejahtera dan menjaga SOP sepanjang berada di KLIA dan klia2.

“Kita juga sentiasa memantau aspek keselamatan bagi menjamin keselesaan setiap individu yang berada di kedua-dua terminal udara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di sini hari ini.

Imran berkata, kira-kira 30 anggota akan turut ditugaskan di Mitsui Outlet Park, yang dijangka menjadi lokasi tumpuan pelancong khususnya mereka yang transit melalui KLIA.

Baca juga:   Warga emas maut, motosikal terbabas ke dalam semak

“Semua anggota bertugas secara syif di kedua-dua terminal udara dan Mitsui Outlet Park.

“Ini bermakna keselamatan setiap pelancong dan pengunjung terjamin sepanjang masa,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan membuka semula sempadan negara mulai 1 April dan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. – Bernama

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan