27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Anak jati Lenggeng, NS pimpin solat tarawih di Universiti Oxford

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANAK jati dari Lenggeng, Negeri Sembilan yang juga merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan dipilih sebagai seorang daripada imam solat Tarawih di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata Amru adalah bekas Imam Besar Masjid Negara yang mendapat pendidikan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Menurut beliau, Amru juga adalah lulusan ijazah sarjana muda Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Malaya (UM) peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah, pernah menjadi pensyarah di Darul Quran.

“Selain memimpin solat Tarawih, beliau juga diminta untuk menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di universiti berkenaan.

Baca juga:   Melaka beralih Fasa 2, Negeri Sembilan ke Fasa 3 mulai Sabtu ini

“Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri ini diadakan menerusi kerjasama JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak.

“Program ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan universiti terbaik dunia kepada JAKIM dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi JAKIM , hari ini.

Amru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau mengucapkan tahniah kepada Amru.

Baca juga:   Kadar had garis kemiskinan di negara ini disemak semula

“Beliau (Amru) yang berasal dari Lenggeng, Seremban adalah merupakan lepasan Maahad Ahmadi, Gemencheh Aliran Tahfiz yang kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda serta di Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah.

“Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Dr Amru kerana terpilih. Semoga beliau berkhidmat dengan cemerlang di Universiti Oxford kelak, Insya-Allah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan