28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: 20,923 kes baharu, Selangor catat nilai Rt tertinggi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 20,923 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu di negara ini kepada 4,122,004 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 20,695 kes adalah penularan tempatan, manakala 228 membabitkan kes import.

Menurutnya, jumlah kes sembuh pula mengatasi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 25,467 kes.

“Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 302 kes direkodkan dengan198 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sebanyak 115 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 dilaporkan di mana 33 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 48 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster), dan 34 kes telah menerima dos penggalak (booster).

“Sementara itu, terdapat 73 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 63 kes mempunyai komorbid dan satu kes adalah kes ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, terdapat tambahan tiga kluster baharu menjadikan sebanyak 6,926 kluster direkodkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19.

Bagaimanapun menurutnya, dari jumlah tersebut 232 kluster masih diklasifikasikan sebagai aktif.

Terdahulu, Noor Hisham berkongsikan nilai kebolehjangkitan Rt negara semalam mencatatkan 0.93.

Bagaimanapun menurutnya, Selangor mencatatkan nilai Rt tertinggi dan satu-satunya negeri mencatatkan nilai di atas 1.0 iaitu 1.08.

Pecahan bagi negeri lain ialah Perak, 0.97, Sarawak (0.94), Melaka dan Kuala Lumpur (0.93), Negeri Sembilan (0.89), Pulau Pinang dan Putrajaya (0.87), Johor dan Terengganu (0.83), Pahang (0.82), Kedah (0.80), Perlis (0.79), Labuan (0.77), Kelantan (0.73) serta Sabah (0.64).

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan