26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

30,246 kes positif, turun sedikit berbanding kelmarin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 dalam negara menunjukkan penurunan semalam dengan 30,246 lagi kes baharu direkodkan, berbanding 31,490 kelmarin.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, daripada jumlah itu, 29,828 kes membabitkan penularan tempatan dengan 418 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan individu dijangkiti virus berkenaan sehingga kini meningkat kepada 3,711,199 kes.

Kes aktif pula sebanyak 310,160 dengan penambahan 3,480 semalam.

Daripada jumlah kes keseluruhan itu, 297,924 atau 96.1 peratus kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (3,278 atau 1.1 peratus).

Manakala, di hospital (8,570 atau 2.8 peratus), Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) (163 atau 0.1 peratus) dan ICU memerlukan ABP (225 atau 0.1 peratus).

Sementara itu,menerusi data yang sama, turut memaklumkan sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Baca juga:   19,991 kes baharu harian COVID-19, 201 kematian

Sejumlah 15,157,782 individu atau 64.4 peratus populasi dewasa negara pula sudah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca juga:   YEZP sumbang kit tanaman hidroponik untuk yang memerlukan

Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,935,466.

Terdapat 113 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 22 kes.

Diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10) dan Pahang, sembilan kes.

Perak pula mencatatkan tujuh kes kematian, Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan Melaka, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur masing-masing dua kes.- Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan