29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Positif Covid-19: Tok Mat tak sabar turun ke Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEBELAKANGAN ini beberapa pemimpin politik disahkan dijangkiti virus COVID-19 dan terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula disahkan dijangkiti virus tersebut.

Mesra dipanggil Tok Mat, Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu memberitahu tidak sabar untuk turun ke Johor setelah menjalani kuarantin kendiri.

“Alhamdulillah, hari ini dah sampai hari ketujuh saya menjalani isolasi kendiri. Saya tidak hadir pada majlis pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru, semalam.

“Di dalam saya sangat berhati-hati menjaga prosedur operasi standard (SOP), terkena juga dengan jangkitan virus COVID-19.

“Berhati-hatilah, virus COVID-19 dah merata-rata di dalam masyarakat. Tak sabar nak turun ke Johor,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook mendoakan kesembuhan dan kesihatan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu agar dapat bersama ‘turun padang’ pada PRN Johor nanti.

Kata Abu Ihsan, Alhamdulillah. Tok Mat nak menggempur Johor dah ni. Moga BN dikurniakan kemenangan 3/4 seperti Melaka.

Selain itu, hantaran Dzal Hafizi Draman, Terbaik tok mat.. Rakyat johor menanti kehadiran #rantau untuk mengemudi jentera pilihanraya barisan nasional.

ShamHisham Smt pula, jago kesihatan tok mat,rakyat Johor tongah tunggu jeneral perang turun tu,jago SOP yo tok..

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengumumkan senarai 37 calon UMNO dan empat calon MIC yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam satu majlis di Johor Bahru. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raih dua anugerah: Denco yakin teroka pasaran antarabangsa

KUMPULAN Denco, pengeluar komponen automotif tempatan merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannnya di rantau ini. Keyakinan itu...

Lagi Artikel Berkaitan