24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Johor: Muda akan bertanding di enam kerusi DUN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang baru diluluskan penubuhannya tahun lalu, akan bertanding di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Enam kerusi terbabit melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ketetapan itu dibuat hasil kesepakatan parti itu bersama Parti Amanah dan DAP yang mencapai persetujuan menjadi rakan strategik bersama Muda.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Muda , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, rundingan rasmi tersebut bersetuju dengan tiga matlamat utama.

“Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon Amanah, DAP dan Muda di setiap kawasan, menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan MUDA untuk memenangi setiap calon dan bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.

“Ini bermakna bagi menghadapi PRN Johor, parti Amanah, DAP dan Muda bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya, walaupun Muda tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

Advertisements

“Ini serasi dengan prinsip khemah besar untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” menurut kenyataan itu.

Justeru, pimpinan Muda, Amanah dan DAP percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang selaras dengan agenda Johor Bangkit.

“PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa dan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, rundingan antara Muda dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini.

“Rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan