25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM selamat tiba di Kemboja, tumpu kukuh hubungan dua hala

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bagi lawatan rasmi sulung ke negara itu selama dua hari.

Perkara berkenaan dikongsikan Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, ketibaannya disambut Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Othsman Hassan yang mewakili kerajaan Kemboja.

Lawatan rasmi itu atas jemputan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

“Sambutan rasmi lawatan akan diadakan di Peace Palace Phnom Penh pagi esok.

“Pertemuan empat mata dengan Hun Sen akan tertumpu kepada pelbagai usaha untuk pengukuhan hubungan dua hala ekonomi, pembukaan sempadan kedua-dua negara dan isu-isu serantau,” kata beliau.

Advertisements
Ismail Sabri Yaakob disambut Dr Othsman Hassan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja petang tadi. – Sumber: PMO

Selain Kemboja, Ismail Sabri dalam rangka lawatan rasmi ke Thailand bermula hari ini hingga 26 Februari ini.

Di Kemboja, Perdana Menteri dijadual menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni di samping pertemuan dengan Hun Sen untuk membincangkan kerjasama pasca pandemik Covid-19, kerjasama ASEAN serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Selain itu, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja selain turut bertemu dengan Keluarga Malaysia di Kemboja.

Semasa lawatan rasmi ke Thailand pula, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Prayut Chan-o-cha yang memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara dua negara terutama pembukaan sempadan antara kedua-dua negara, dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat.

Lawatan Perdana Menteri ke Kemboja dan Thailand mencerminkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan kedua-dua negara jiran and rakan ASEAN tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan