24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM adakan lawatan ke Kemboja dan Thailand

Hubungan sulung itu bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dengan kedua-dua negara jiran itu.

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi sulung pertamanya ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini sehingga 26 Februari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan-lawatan tersebut bagi memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Kenyataan itu berkata, semasa lawatan rasmi ke Kemboja, Ismail Sabri dijadual mengadakan kunjungan menghadap ke atas Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di samping pertemuan dengan Hun Sen.

“Pertemuan ini bagi membincangkan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik COVID-19, kerjasama ASEAN, serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” kata Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja selain turut bertemu Keluarga Malaysia di negara itu.

Semasa lawatan rasmi ke Thailand pula, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan Prayut Chan-o-cha.

“Pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand.

Advertisements

“Bidang-bidang utama meliputi kerjasama ekonomi, kerjasama pasca pandemik COVID-19, pembukaan sempadan antara kedua-dua negara, dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat,” katanya.

Program Perdana Menteri turut meliputi sesi dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) dan sesi ramah mesra bersama Keluarga Malaysia di Bangkok.

Lawatan-lawatan Perdana Menteri ke Kemboja dan Thailand itu mencerminkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan kedua-dua negara jiran serta rakan ASEAN tersebut.

Ianya juga dapat membuka peluang kepada Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan untuk meneroka inisiatif bersama dalam usaha pemulihan pasca-pandemik, serta dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa.

Turut mengiringi Perdana Menteri ke lawatan-lawatan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan-lawatan itu akan berlangsung mengikut pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan COVID-19 yang berkuatkuasa di Malaysia, Kemboja dan Thailand. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan