30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

172 kes kritikal, separa kritikal daripada 27,179 kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 172 kes kritikal dan separa kritikal iaitu kategori lima hingga tiga direkodkan daripada keseluruhan 27,179 kes positif COVID-19 bagi tempoh sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ini menjadikan jumlah kumulatif 3,273,958 kes.

Menurut beliaum daripada jumlah tersebut sebanyak 27,059 merupakan kes tempatan manakala 120 lagi adalah kes import.

“Sebanyak 99.37 peratus atau 27,007 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Selebihnya, 172 kes bersamaan 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 51 kes belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima dua dos vaksin, 30 kes sudah menerima dos penggalak, 67 kes berumur 60 tahun ke atas, 93 kes mempunyai komorbid dan enam kes ibu mengandung.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan sembilan kluster baharu direkodkan, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 505.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 19,037, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,974,441 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 286, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 180 kes,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan