24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM, Pemangku Raja Pahang bincang isu Harimau Malaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Putrajaya petang kelmarin.

Menurut Perdana Menteri, lawatan Tengku Hassanal Ibrahim mencemar dulu bertemu beliau itu bagi membincangkan mengenai perancangan baginda untuk memulihara kehidupan Harimau Malaya di Pahang.

Beliau berkata, baginda amat prihatin dengan haiwan tersebut yang kian pupus dan mengharapkan bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan Persekutuan bagi tujuan tersebut.

“Saya juga menyembah maklum mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Persekutuan serta perancangan jangka panjang untuk memulihara Harimau Malaya,” katanya menerusi Facebook beliau.

Perdana Menteri berkata, Harimau Malaya merupakan antara haiwan yang semakin pupus dan sehingga kini terdapat kurang daripada 150 ekor sahaja dengan sebahagian besar berada di Pahang.

Advertisements

November 2020, Parlimen diberitahu bahawa spesies Harimau Malaya atau harimau belang dijangka pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

Sehubungan itu, Jemaah Menteri pada 16 Jun tahun lalu bersetuju dengan sembilan tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun bermula 2021 hingga 2030 melalui tiga pendekatan.

Antara usaha dilakukan ialah mengukuhkan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan