28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

DRR diperluas ke negeri, daerah pertingkat urus bencana – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DASAR, Perundangan dan Mekanisme Berkaitan Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) akan diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pengurusan bencana banjir dapat dipertingkatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui langkah berkenaan satu platform akan diwujudkan bagi menyimpan semua repositori daftar risiko secara sistematik.

Menurut beliau, perkara itu antara lapan langkah strategik bagi menambah baik pengurusan bencana yang diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Perbincangan menekankan langkah-langkah dan perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang perlu dilakukan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya bencana banjir tidak memberikan impak besar kepada negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat JPBP turut dihadiri Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas tugas Khas), Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Agensi-agensi yang berkaitan.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk menggariskan lapan langkah strategik menambah baik pengurusan bencana negara yang telah dibentangkan NADMA.

Tujuh perkara lain yang turut diluluskan ialah penekanan terhadap inisiatif DRR, penyediaan dana untuk pengurusan bencana dan DRR serta pengukuhan mekanisme koordinasi dan kompetensi pemegang taruh pengurusan bencana.

“Selain itu ialah penambahbaikan sistem dan penyampaian maklumat dalam pengurusan bencana dan DRR, pemerkasaan dasar dan mekanisme koordinasi bantuan NGO dan sukarelawan serta peningkatan kemahiran dalam komunikasi krisis dan komunikasi strategik,” katanya.

Dan perkara terakhir yang diluluskan ialah peningkatan kapasiti komuniti setempat dan tumpuan terhadap lokalisasi dalam pengurusan dan DRR.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan