30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pengurangan kerusi UMNO atas dasar musyawarah BN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LANGKAH UMNO mengurangkan kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan sikap bertolak ansur antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu juga membuktikan BN mengamalkan prinsip bermusyawarah.

“Bila anda ada lebih dari satu parti seperti dalam Barisan Nasional, kena ada istilah tolak ansur, ia tak boleh ambil semua dekat kita.

“Bila datang kepada parti seperti ada UMNO, MCA, ada MIC dan kita pula adalah gabungan daripada 60 tahun, jadi kita kena ada sifat tolak ansur.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat Orang Asli Daerah Batu Pahat di Kampung Dalam, Parit Sulong, Johor, hari ini.

Mahdzir mengulas mengenai laporan media bahawa parti itu membatalkan hasrat untuk bertanding 42 kerusi dengan hanya meletakkan calon di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

”UMNO juga bertolak ansur, MIC juga kena bertolak ansur, MCA juga bertolak ansur. Akhirnya ada kata sepakat yang diputuskan semalam.

Advertisements

Semalam, ketika mengumumkan calon di Johor Bahru, UMNO membenarkan parti komponennya MCA dan MIC untuk mengekalkan jumlah kerusi sama yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

UMNO bagaimanapun akan bertanding di dua kerusi tambahan berbanding pada PRU lalu setelah menyerap kuota dua kerusi Gerakan yang bukan lagi sebahagian daripada BN.

Mengulas mengenai tindakan UMNO menukar calon di dua kerusi DUN semalam, Mahdzir menjelaskan situasi politik di PRN Johor dilhat amat berbeza dengan PRU14 pada 2018 dahulu.

Justeru, BN optimis dapat memenangi kerusi-kerusi yang pernah kalah pada PRU14.

“Jadi kecenderungan BN untuk menang di tempat-tempat yang dijangka tidak menang itu kerana kita yakin kita boleh menang.

“Kerana apa yang berlaku di Melaka, di Sarawak, orang pun menjangkakan macam lain tapi pengundi di luar sana sudah mempunyai keputusan yang agak luar biasa berbanding 2018,” kata Mahdzir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan