28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki menemui ajal ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di bukit berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga, George Town, Pulau Pinang semalam.

Mangsa, berusia 54 tahun dan berasal dari Sungai Ara, Bayan Lepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Safry Romli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.10 petang yang memaklumkan kejadian tersebut..

Difahamkan mangsa melakukan aktiviti berkenaan bersama kira-kira 10 rakannya.

Katanya, sepasukan lima anggota kemudian mendaki kira-kira 20 minit iaitu sejauh 450 meter ke lokasi mangsa ditemukan pengsan.

Advertisements

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati mangsa tidak sedarkan diri pada ketinggian 200 meter bukit berkenaan.

“Pasukan penyelamat memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) selama 30 minit kepada mangsa,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Safry berkata, anggota bomba menurunkan mangsa ke kaki bukit menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan kes diserahkan kepada pihak polis,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan