31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Jangan terpedaya sebaran tegah warga emas mengundi – MCMC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu yang meminta warga emas supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, peringatan itu bagi mengelak kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehinbgga boleh mencetuskan situasi tidak diingini.

“Srang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini dan menentusahkan maklumat yang diterima daripada sumber rasmi terutamanya melalui Kementerian Kesihatan (KKM) atau melalui portal Sebenarnya.my.

“Tindakan tegas juga boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini MCMC berkata, pihaknya mengesan penularan mesej dalam media sosial yang meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi mengelak penyebaran COVID-19 dalam kumpulan tersebut.

Baca juga:   BN tampilkan 30 peratus muka baharu - Hasni

Semalam, KKM menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada PRN Johor akan datang, seperti ditularkan dalam media sosial baru-baru ini.

KKM memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan saranan itu dan berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan