25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jururawat nafi suntik ‘angin’ kepada anak Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JURURAWAT yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin nafi dakwaan bahawa dia menyuntik ‘angin’ kepada Raif.

Ini kerana baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu.

Jururawat berkenaan menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran yang muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau juga memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.

Katanya, tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.

“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin.

“Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya.

Advertisements

Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lepas.

Mengulas lanjut, jururawat itu turut menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyuntik kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) yang bermula 3 Februari lalu.

“Saya melakukan prosedur sama seperti ibu bapa yang lain.Saya ambil vaksin dan tunjukkan bebuli itu kepada ibu dan ayah serta saya tunjukkan juga bagaimana saya ambil dos vaksin daripada bebuli berkenaan dan masukkan ke dalam picagari.

“Saya dah tunjuk kepada ibu dan ayah dan mereka nampak serta bersetuju dengan dos vaksin Pfizer iaitu 0.2 mililiter (ml).

“Tapi kita kena berinteraksi dengan kanak-kanak sebab faham dia punya ketakutan terhadap jarum dan saya terpaksa pegang mereka agar tidak lari atau bergerak.

“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10.

“Apabila mereka dah selesa baru saya akan menyuntik vaksin ke lengan mereka serta tunjukkan picagari itu semula kepada ibu bapa,” jelasnya.

Tambah jururawat berkenaan, dia langsung tidak membuang vaksin COVID-19 dan berharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar berkaitan suntikan diberikannya itu.

Terdahulu, Khairy turut membidas dakwaan tersebut sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan antivaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.- Edisi

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan