25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penggunaan katil ICU COVID-19 di Kelantan capai 85 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA negeri mencatatkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus, dengan Kelantan paling tertinggi iaitu mencecah 83 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penggunaan katil ICU kedua tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (65 peratus), Johor (65 peratus) diikuti Melaka (58 peratus) dan Perlis (55 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, terdapat tiga negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Kelantan (101 peratus), Selangor (97 peratus) dan Perak (90 peratus).

“Bagi katil bukan ICU melebihi 50 peratus direkodkan di Kuala Lumpur iaitu 87 peratus, Perlis (81 peratus), Putrajaya (77 peratus) dan Johor (75 peratus).

“Lain-lain, Pahang (71 peratus), Sabah (71 peratus), Pulau Pinang (52 peratus), Terengganu (52 peratus) dan Sarawak (52 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga negeri iaitu Perak (74 peratus), Melaka (60 peratus) dan Selangor (54 peratus) menunjukkan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Advertisements

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 191 pesakit.

“Peratusan penggunaan bantuan itu 36 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes jangkitan itu kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnosa pada setiap hari.

Katanya, ia memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

“Misalnya, ketika didiagnosa mungkin pesakit itu berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih yang memerlukan kemasukan ke hospital.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan