25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

31,199 kes positif tertinggi, 194 kes kategori 3,4,5

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan kes positif harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 31,199 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,283,825 kes

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada jumlah kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 119 kes adalah kes import.

Mengikut pecahan negeri-negeri, kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (7,775 kes), Sabah (3,970 kes), Kedah (2,670 kes), Pulau Pinang (2,575 kes), Johor (2,269 kes), Kuala Lumpur (2,157 kes) dan Kelantan (2,130 kes).

“Seterusnya, Negeri Sembilan (1,997 kes), Pahang (1,555 kes), Perak (1,203 kes), Terengganu (770 kes), Melaka (600 kes), Labuan (498 kes), Sarawak (419 kes), Perlis (303 kes) dan Putrajaya (189 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 55 kes kematian dilaporkan dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,488 kes.

Manakala, sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,629 kes.

Baca juga:   Empat sampel saringan di Parlimen positif varian Delta

Sebanyak 277,829 kes aktif dilaporkan melibatkan 265,339 kes dikuarantin di rumah, 4,460 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 7,725 kes di hospital, 114 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 191 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan berkata, sebanyak 194 kes atau 0.62 peratus daripada 31,199 kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Baca juga:   Empat sampel saringan di Parlimen positif varian Delta

“Daripada jumlah kes kategori tiga, empat dan lima, sebanyak 153 kes (78.87 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi atau telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

Dalam masa sama, katanya, sebanyak 31,005 kes pula atau 99.38 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua, dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,305,157.-Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan