Thursday, July 23, 2026

RM1.19 bilion bagi perkasa keselamatan maritim negara

Perolehan ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Mesti Baca

USAHA memperkukuh keselamatan perairan negara terus dipertingkat apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperoleh aset dan sistem pemantauan baharu menerusi perolehan bernilai hampir RM1.19 bilion sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025) yang bermula hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, perolehan itu merupakan langkah strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan agensi tersebut menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, antara perolehan utama ialah pembelian sebuah Kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) bernilai RM300 juta daripada Desan Shipyard serta penyelenggaraan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) di Semenanjung oleh AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. bernilai RM59.45 juta.

“Turut diperoleh ialah empat buah helikopter jenis medium lift menerusi Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. di bawah Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan nilai RM529.66 juta, selain Surat Hasrat (LOI) bagi menyiapkan dua Offshore Patrol Vessel (OPV 2 dan OPV 3) oleh Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. yang dianggarkan bernilai RM298.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis itu Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman menandatangani kontrak perolehan bagi pihak kerajaan dan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Tambah Mohd Rosli, perolehan itu bukan sahaja akan memperkasakan keupayaan operasi Maritim Malaysia, malah akan memantapkan sistem pemantauan dan mempercepatkan respons terhadap sebarang kecemasan atau ancaman di perairan negara.

“Maritim Malaysia komited untuk terus mempertingkatkan aset, kecekapan operasi dan sistem pemantauan dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan