34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

600,000 peluang pekerjaan diwujudkan tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan tahun ini di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia, yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran turut akan dianjurkan dalam merancakkan kembali sektor pekerjaan yang terjejas dek pandemik.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai, berdasarkan pencapaian cemerlang tahun lepas yang berjaya melepasi angka 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan dengan marjin yang agak besar.

“Jamin Kerja ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu insentif pengajian dan satu lagi MyStep serta program latihan dan peningkatan kemahiran atau rescaling dan upscaling.

“Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso.

“Program MyStep adalah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga kerajaan.

“Kerajaan juga sasarkan 220,000 pelatih menjalani rescaling dan upscaling dan semua yang dilatih akan dapat pekerjaan kerana kita memberi jaminan itu,” katanya.

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diperuntukkan dana RM4.8 bilion itu akan dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini.

Pada majlis pelancaran itu nanti, kata Tengku Zafrul, akan ada lebih kurang 50 majikan dengan 2,500 peluang pekerjaan dibuka dengan sesi temuduga serta kaunseling kerja dan pelbagai aktiviti lagi akan diadakan. – Bernama

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan