26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Lelaki tumbuk, tendang bapa tiri sudah dicekup polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VIDEO tular yang merakamkan perbuatan keji seorang lelaki menendang bapa tirinya di muka serta dada di Kampung Ruat, Yan, Kedah akhirnya membawa kepada tangkapan ke atas lelaki berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 71 tahun mengalami bengkak di bahagian telinga kiri serta mengadu sakit pada muka dan dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan berdasarkan maklumat didapati anak tiri mangsa adalah seorang penagih dadah tegar.

“Suspek juga dilaporkan sering memukul warga emas terbabit sekiranya enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

“Mangsa yang mengalami sakit di dada dan muka kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di pekarangan rumah pasangan warga emas terbabit,” katanya hari ini.

Baca juga:   Suami syak isteri terjun Sungai Perak, gerakan mencari dimulakan

Shahnaz berkata, suspek berusia 29 tahun itu kemudiannya ditahan pada 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Petang tadi tular sebuah video berdurasi 30 saat di media sosial membabitkan aksi seorang lelaki bertindak memukul dan menendang sebanyak dua kali di dada dan muka bapa tirinya itu sambil disaksikan ibunya.

Baca juga:   57.9 peratus kes jangkitan Covid-19 tiada sejarah vaksinasi

Aksi tanpa belas ihsan serta di luar kawalan terhadap bapa tirinya itu menyebabkan ibunya meminta orang kampung melaporkan kejadian itu kepada polis.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan