30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

448 murid dapat manfaat subsidi tambang bas sekolah Kesedar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 448 murid yang tinggal di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan bakal menikmati subsidi tambang bas untuk ke sekolah yang akan ditanggung oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pengurus Besar Kesedar, Dr Shahrir Mohammad Zakey berkata, mereka terdiri daripada 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Renok Baru, 225 murid SK Jeram Tekoh serta 123 muris Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap.

Beliau berkata, tambang sebenar bas sekolah berkenaan adalah sebanyak RM88 sebulan bagi setiap murid tetapi Kesedar akan memberikan subsidi sebanyak 77 peratus.

“Ini bermakna ibu bapa hanya perlu membayar RM20 sahaja seorang untuk sebulan. Jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kesedar hampir RM11,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrir berkata, tiga perkhidmatan bas berkenaan akan bermula pada 20 Mac ini iaitu apabila sesi persekolahan bagi tahun 2022 dibuka.

Baca juga:   Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

Menurutnya, usaha yang dilakukan itu adalah salah satu komitmen Kesedar untuk memastikan anak-anak bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan (PAKS) Rantau Manis dapat mengikuti sesi persekolahan seperti biasa.

Katanya, PAKS merupakan satu projek yang melibatkan perjanjian usahasama antara Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Kesedar bermula 5 Disember 2011 sehingga 31 Disember 2021.

-EDISI9

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan