26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Rakyat tuntut simpanan sendiri bukan sengaja – Asyraf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan adakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua.

Beliau turut mempersoalkan apakah jaminan untuk hidup hari tua jika rakyat hari ini pun amat terdesak untuk penuhi keperluan hidup diri dan keluarga.

Beliau menerusi hantaran status di Facebook berkata, sebaliknya rakyat hakikatnya rata-rata menuntut simpanan mereka sendiri hari ini bukan saja-saja.

“Ramai yang mula dihalau dari rumah tak dapat bayar sewa, ramai yang ditarik kereta dan motor kerana sudah tidak mampu bayar ansuran,”katanya.

Malah, katanya lagi, ramai yang berhutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup.

“Ramai yang tertekan memikirkan bagaimana nak pastikan makanan di atas meja terus terhidang buat keluarga.

“Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik. Mereka ini tak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapat pun tak mencukupi.

Baca juga:   20,939 kes baharu hari ini, 188 kes lagi VOC

“Sedangkan mereka tergolong dikalangan 6.83 juta pencarum yang punya wang simpanan KWSP melebihi RM10,000 bahkan beratus ribu,” katanya.

Beliau berkata, Akta KWSP di bawah Seksyen 54 sendiri jelas membenarkan pengeluaran hari ini untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik (Rujuk sub-seksyen 54 (k), 54(l) dan 54(m).

Katanya, percaya dan yakinlah bahawa konsep rezeki bukannya diukur atas nilaian banyak atau sikitnya tabungan KWSP.

Baca juga:   Sarawak masih rekod angka kes tinggi, empat hari berturut-turut

“Pun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan. Malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah banyak kali saya berikan.

“Bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantong KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan.

“Lebih utama mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan