24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

‘Makan besar’, ziarah dibenarkan pada Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN membenarkan aktiviti makan keluarga atau ‘makan besar’ serta ziarah pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, penganjuran rumah terbuka bagi perayaan itu masih tidak dibenarkan manakala bagi resepsi pula hanya melibatkan jemputan tidak lebih 50 peratus kapasiti ruang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat kelonggaran daripada Kementerian Kesihatan, berbanding tahun lalu, acara makan keluarga hanya dihadkan untuk 15 orang yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer sahaja.

“Resepsi hanya bagi mereka yang dijemput sahaja boleh hadir dan selepas habis aktiviti makan, tiada pusingan kedua,” katanya dalam sidang media mengenai SOP Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Halimah berkata, resepsi yang dianjurkan syarikat atau persatuan perlu dilakukan di dalam dewan atau restoran dan bukan di tempat terbuka manakala majlis tidak boleh dibuat secara berterusan seperti rumah terbuka.

Beliau berkata, upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Februari pula dibenarkan dengan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, selain sembahyang khas ‘Hokkien Clan’ pada 8 dan 9 Februari serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam.

Advertisements

“Sembahyang Chap Goh Mei di rumah ibadat pada 15 Februari juga dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4,” katanya.

Halimah berkata, turut dibenarkan adalah persembahan tarian singa, naga dan harimau yang tertakluk kepada SOP industri kreatif.

“SOP disediakan demi keselamatan masyarakat dan penganut,” katanya yang berharap perayaan itu disambut dengan kemeriahan dalam suasana selamat.

Sementara itu, Ka Siong berkata, SOP sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih longgar tidak seperti tahun lepas yang hanya disambut di rumah.

“SOP ini telah dibincangkan dengan teliti dalam tiga kali perbincangan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, parti itu akan menganjurkan resepsi Tahun Baharu Cina tahun ini tetapi hanya melibatkan jemputan yang terhad. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan