24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024

Meninggal kerana sakit jantung, bukan sebab dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang meninggal dunia di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Hulu Selangor hari ini disebabkan oleh serangan jantung dan bukannya akibat pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi itu membabitkan seorang pekerja kilang berusia 54 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pekerja restoran berkenaan selepas seorang pelanggan didapati tidak sedarkan diri.

“Daripada siasatan mendapati mangsa maut akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan kematian lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Arsad berkata, isteri mangsa juga mengesahkan suaminya itu mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu serta masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat.

“Hasilnya mangsa negatif jangkitan itu dan punca kematian adalah sakit jantung kronik. Tiada elemen jenayah dalam kes ini yang diklasifikasi SDR,” katanya.

Sebelum ini, tular gambar seorang lelaki tidak sedarkan diri dengan kepalanya diletakkan di atas meja di sebuah restoran di Hulu Selangor.

Mangsa didakwa mempunyai masalah jantung, meninggal dunia ketika bersarapan selepas mengambil dos penggalak tiga hari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hospital UMS dijangka beroperasi Januari 2026 – Zambry

HOSPITAL Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang kini dalam proses pembinaan dijangka siap sepenuhnya Disember tahun depan dan akan beroperasi...

Lagi Artikel Berkaitan