32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

Legoland Resort ditutup sementara, kakitangan positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAMAN tema Legoland Malaysia Resort memaklumkan penutupan sementara taman airnya sejak 12 Januari hingga 21 Januari ini.

Legoland dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, penutupan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ini ekoran beberapa kakitangannya disahkan positif COVID-19 semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan.

“Keputusan proaktif ini diambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan tetamu dan kakitangan dipelihara.

“Selain itu, bagi mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti dan pengalaman tetamu yang tertinggi,” katanya.

Legolanda berkata, bagaimanapun Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland akan kekal dibuka seperti biasa.

“Bagaimanapun semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP),”katanya. – Edisi 9

Terkini

MySejahtera lebih 1,000 pelanggan klinik swasta di Marang disekat

APLIKASI MySejahtera lebih 1,000 individu yang pernah mendapatkan khidmat doktor klinik swasta yang terbabit dalam penjualan sijil vaksinasi Covid-19...

Lagi Artikel Berkaitan