32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

Lagi insiden terjun jambatan pertama Pulau Pinang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun dari Jambatan Pertana Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah Perai Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Goh Chun Kiang, 48, dikatakan meninggalkan kenderaan serta barang peribadinya di atas jambatan sebelum bertindak terjun.

Menurut Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Perai berhubung insiden tersebut pada jam 10.40 malam.

Menurutnya, susulan maklumat itu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan mengatur gerak bot Kilat 4 ke lokasi bagi melakukan pencarian.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan mengatur gerak bot Kilat 4 ke lokasi bagi melakukan pencarian. Kredit: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Sehingga kini, operasi mencari mangsa yang menetap di Butterworth itu sedang giat dijalankan.

“Turut terlibat dalam operasi pencarian itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Polis Marin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abd Razak, orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang 04 262 6146.

Baca juga:   Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

-EDISI9

Terkini

Nadma bakal ditubuhkan di negeri dan daerah

MAJLIS Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di...

Lagi Artikel Berkaitan