26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

KKM kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kajian mengenai pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan premier jenis Sinovac tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron.

“Kita telah menerima berita tersebut dan kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji maklumat diperolehi.

“Mereka akan buat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) seperti biasa.

“Sama ada mereka yang telah terima Sinovac-Sinovac-Pfizer mesti dilengkapi satu dos lagi, tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Katanya, kajian yang sedang dijalankan oleh kumpulan teknikal tersebut dikendalikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan