25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Institusi TVET KPLB digesa perhebat kerjasama dengan industri – Mahdzir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INSTITUSI Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak industri bagi membolehkan pelajarnya mendapat pendidikan serta latihan yang relevan dengan keperluan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kepakaran yang dimiliki pemain industri amat membantu dalam membimbing pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.

“Kita tidak mahu sesebuah institusi pengajian TVET KPLB hanya ada ramai pelajar tetapi bila tamat pengajian, mereka tidak dapat kerja.

“Apabila ada kerjasama demgan pemain industri, sudah tentu tenaga pakar akan bimbing pelajar untuk tingkatkan kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) (Diperbaharui) antara Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda-Tech) dan Perodua Sales Sdn Bhd, di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, Perda-Tech dan Perodua Sales telah menjalinkan kerjasama dalam bidang latihan automotif sejak tahun 2016 bagi membolehkan pelajar dan tenaga pengajar mendapat bimbingan dalam bidang automotif daripada tenaga profesional.

Jelas Mahdzir, kerjasama antara Perda-Tech dan Perodua Sales adalah satu sebagai langkah yang tepat.

Kerjasama seumpama itu katanya, perlu diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan institusi terbabit untuk berkhidmat di syarikat perusahaan automobil kedua negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan