24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

70% kluster baharu institusi pendidikan dalam tempoh seminggu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKITAR 70 peratus atau 62 kluster daripada 89 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan institusi pendidikan, bagi tempoh seminggu bermula 15 Januari hingga semalam.

Memetik laporan Bernama, rekod kluster pendidikan tertinggi dilaporkan pada Rabu lalu iaitu 16 kluster daripada 20 kluster baharu yang dikesan.

Semalam (21 Januari), 11 daripada 12 kluster yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kluster pendidikan, iaitu masing-masing dua di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pahang, sementara satu di Johor.

Sebanyak 11 kluster pendidikan turut dilaporkan pada Selasa lalu dan 11 kluster pada Khamis.

Antara negeri yang melaporkan kluster pendidikan ialah MELAKA membabitkan dua kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (76 kes) dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar (11 kes).

Baca juga:   2,093 kes baharu, tiga kematian akibat COVID-19 semalam

Manakala di SABAH pula Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan membabitkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan dan setakat ini 36 kes positif COVID-19 dikesan.

Satu lagi kluster pendidikan yang dilaporkan, Kluster Pandan-Pandan dengan 16 kes positif setakat ini, melibatkan sebuah madrasah di daerah Putatan.

Di KEDAH, antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Dah Penyarum (115 kes) dan Kluster Dah Jalan Merbau (52 kes) sementara di PULAU PINANG, Kluster Jalan Sungai Nipah (83 kes).

Di NEGERI SEMBILAN pula, kluster pendidikan yang dilaporkan adalah Kluster Bukit Chengkau Ulu di Rembau (72 kes), Kluster Tembok Jelebu 2 (2 kes), Kluster Jalan Sikamat dan Kluster Jalan Ban Aik 2.

Baca juga:   Rekod baharu lagi, 32,070 kes harian COVID-19

Sementara itu, Malaysia mencatat sebanyak kes 489 kes import semalam iaitu 388 warga tempatan dan 101 warga asing.

Kes import tertinggi setakat ini dilaporkan pada Khamis lalu sebanyak 522 kes, terdiri daripada 426 warga tempatan dan 96 warga asing.

Kuala Lumpur terus mencatat kes import tertinggi semalam sebanyak 190. Kes import tinggi yang lain untuk Kuala Lumpur adalah pada Khamis lalu sebanyak 274 kes, Ahad lalu (145 kes), Selasa lalu (135 kes) dan Rabu lalu (136 kes).-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan