31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki Iran, dalang sindiket palsu dokumen imigresen diberkas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen berjaya memberkas seorang lelaki Iran dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa ditahan dalam Operasi Khas yang dilakukan di sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Rabu lalu. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket ini tinggal di Malaysia lebih 30 tahun dengan menggunakan Pas Lawatan Sosial (suami kepada warganegara). 

Menurut beliau, semasa serbuan, lelaki itu menyerahkan dokumen yang dipalsukan kepada pelanggan di luar sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.  

“Siasatan lanjut membawa kepada serbuan di sebuah premis kediaman pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Ampang yang dijadikan tempat menyimpan dan memalsukan dokumen dengan penemuan pelbagai bahan bukti. 

“Antara yang dirampas lapan  pasport antarabangsa pelbagai negara, 29 keping pelekat Pas Lawatan  Kerja Sementara (PLKS) yang belum dicetak dan dipercayai palsu, cop keluar Jabatan Imigresen Malaysia dipercayai palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelbagai jenis cop, satu unit laptop dan satu unit mesin pencetak turut dirampas, selain 24 keping Lesen Memandu Antarabangsa dan wang tunai bernilai RM4,000.

Khairul Dzaimee berkata, modus operandi sindiket adalah dengan mensasarkan pelanggan warga asing khususnya warga Iran yang ingin mendapatkan pas dan dokumen untuk tinggal di negara ini. 

Katanya, bayaran bagi setiap pas RM300 hingga RM500 sekeping dengan dibuat melalui dalam talian ke akaun bank pihak ketiga yang bersubahat dengan dalang ini. 

“Sindiket ini dipercayai beroperasi hampir dua tahun dan berselindung di sebalik perniagaan menjual kain cadar tilam berdasarkan iklan yang diletakkan di hadapan premis yang diserbu. 

“Ini  kes pertama melibatkan warga Iran sebagai dalang utama sindiket pemalsuan dokumen,”katanya.

Ujar beliau, suspek ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan