36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SPRM tahan 22 individu dalam operasi MITRA 2.0

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seramai 22 individu dalam operasi yang dijalankan di tujuh negeri semalam, berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Operasi berkenaan telah dilakukan di di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan termasuk presiden badan bukan kerajaan (NGO), pengarah syarikat dan setiausaha persatuan yang terbabit atau diberikan geran MITRA bagi menjayakan program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India golongan B40.

“Daripada enam yang ditahan, mereka direman empat ke enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret di Selangor, Kedah dan Putrajaya manakala 16 individu lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya, lapor BH Online.

Sumber itu berkata, operasi digerakkan hasil siasatan SPRM yang kemudian mengenal pasti 337 syarikat, persatuan dan NGO menerima geran peruntukan sejak tahun 2019 hingga 2021 yang membabitkan peruntukan berjumlah lebih kurang RM203 juta.

“Tumpuan siasatan SPRM membabitkan dua fasa yang mana Fasa 1.0 memberi tumpuan kepada 27 syarikat, persatuan dan NGO menerima peruntukan antara RM1 juta hingga RM9 juta.

“Pada Oktober 2021, SPRM menahan 18 orang bagi membantu siasatan penyelewengan ini,” katanya yang memberitahu operasi terbaru ini dinamakan sebagai Ops Mitra 2.0.

Ia menumpukan kepada baki 17 syarikat serta pertubuhan yang tergolong dalam kumpulan menerima dana berjumlah RM1 juta hingga RM9 juta

Sumber itu turut berkata, SPRM telah bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam siasatan ini termasuk menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan ke atas 310 syarikat menerima peruntukan RM1 juta.

“Fokus siasatan dalaman ini akan meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program dikatakan dilaksanakan penerima geran peruntukan MITRA dari tahun 2019 hingga 2021.

“Peruntukan paling tinggi yang diluluskan ialah pada tahun 2019 iaitu melebihi RM90 juta. Ia diluluskan kepada 205 syarikat, persatuan dan NGO.

“Daripada jumlah itu, terdapat lapan syarikat dikenal pasti memperoleh geran peruntukan lebih RM1 juta,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan