30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua pelajar Malaysia lakar sejarah raih emas AYDA 2021

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pelajar Malaysia melakar sejarah apabila memenangi Anugerah Emas dalam Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2021 anjuran Nippon Paint Malaysia baru-baru ini.

Kedua-dua pelajar terbabit, Muhammad Afzal Hasmi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Amirah Afiqah Abdullah dari City University Malaysia.

Afzal meraih emas bagi Kategori Seni Bina melalui projek bertajuk Pusat Komuniti Sejahtera manakala Amirah Afiqah Abdullah dari menang Kategori Reka Bentuk Dalaman melalui projek Bakau.

Kemenangan mereka menerusi AYDA 2021 yang mendapat kerjasama syarikat IJM Land Berhad itu telah diumumkan secara langsung di majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya.

Kemenangan tersebut membolehkan kedua-dua mewakili negara dan Asia ke peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain.

Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut akan berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat bernilai USD10,000.

Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng berkata, reka bentuk pada masa kini perlu diterokai dari segi pemahaman emosi.

“Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.

“Kedua-dua pemenang yang dinobatkan pada hari ini telah berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesadaran dan merangkumi kemampanan serta mengambil kira faktor sosial dan emosi,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Datuk Edward Chong berkata, reka bentuk pemenang anugerah ini penuh dengan pembaharuan.

“Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan,”katanya.

Anugerah AYDA 2021 bertemakan FORWARD: Amplifying Empathy Through Design itu telah menerima sebanyak 1,276 penyertaan dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan