25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Baucar diskaun untuk baiki, ganti kenderaan terjejas banjir

Mesti Baca

MANGSA banjir yang kenderaan mereka terjejas akibat banjir ditawarkan baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan masing-masing.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia itu bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Menurut beliau, di bawah inisiatif tersebut, mereka yang layak turut ditawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja-kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan percuma.

“Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

“Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, baucar tersebut bagi kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat bencana banjir.

Beliau berkata, untuk memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan tidak perlu membuat sebarang permohonan.

“Pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat.

Baca juga:   Pelepasan khas cukai individu bagi pelancongan domestik

“Pengurangan kos pembaikan dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah,” katanya.

Baca juga:   S&P kekal penarafan, bukti daya tahan ekonomi Malaysia

Beliau berkata, pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif berkenaan untuk mengetahui pusat servis yang berdekatan.

Manakala tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis/pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perodua dan Proton yang menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti manakala Perodua juga turut menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.

“Dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin,” katanya.

Berikut senarai syarikat automotif yang mengambil bahagian dalam inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia setakat hari ini:

  1. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua)
  2. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton)
  3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
  4. UMW Toyota Motor
  5. Honda Malaysia
  6. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
  7. Volvo Car Malaysia
  8. TC Euro Cars (Renault)
  9. Mercedes-Benz Malaysia
  10. BMW Malaysia
  11. Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
  12. Mazda, Peugeot dan KIA
  13. TC Subaru
  14. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
  15. Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
  16. Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
  17. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
  18. Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
  19. KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)
Baca juga:   Kes sembuh tertinggi, 20,988 kes baharu COVID-19
Baca juga:   12,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jamin Kerja 2022

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan