30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Dr Mahathir sudah berinteraksi dengan keluarga – Marina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sudah berinteraksi dengan keluarganya.

Anak Ahli Parlimen Langkawi itu, Datin Paduka Marina memaklumkan bahawa keluarga berharap orang ramai tidak melayan sebarang khabar angin yang disebarkan sumber tidak sahih.

“Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau. Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin.

“Begitu juga orang ramai dari pelbagai agama yang mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Tindakan Mahathir mampu cetus krisis politik fasa II

Beliau yang juga anak sulung negarawan itu berkata, pihak IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

“Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya.

Petang semalam, Marina dilaporkan berkata, keadaan bapanya kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lalu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari.

Baca juga:   20,579 kes baharu harian COVID-19, 2.2% kategori 3,4,5

-EDISI9

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan