32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dos penggalak untuk lindungi diri, siap siaga sambut raya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dialu-alukan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bukan hanya untuk pelindungan diri dan keluarga, bahkan sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsikan saranan berkenaan dalam satu ciapannya di Twitter hari ini.

Menurut beliau lagi, setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala, namun, keadaan itu bukanlah merupakan petanda buruk.

A little discomfort for a better outcome (Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik). Insha-Allah,” katanya hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham menegaskan sepanjang pandemik COVID-19 ini, salah satu usaha yang kritikal bagi KKM adalah perlaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Walaupun program ini telah mendapat sambutan yang positif dan menggalakkan, namun KKM sentiasa memperkukuhkan strategi-strategi untuk memastikan agar rakyat Malaysia mendapat akses kepada vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan.

“Ini memerlukan usaha yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk daripada pelbagai kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan sukarelawan dan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, PICK telah berjaya kadar jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke hospital yang amat ketara sekaligus membolehkan rakyat menjalankan semula kehidupan norma baharu demi kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Hasil daripada usaha jitu semua pihak termasuk di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini, keluk pandemik COVID-19 di negara Malaysia juga telah berjaya dilandaikan.

Advertisements

“Salah satu inisiatif KKM untuk memperkukuhkan program ini adalah melalui Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan menjalankan penyelidikan dalam Keberkesanan Real-World bagi Vaksin COVID-19 di bawah PICK Malaysia (RECoVaM, NMRR 21-1660-60697),” katanya.

Menurut beliau, kajian RECoVaM telah mendapati bahawa kadar kes jangkitan COVID-19 bagi setiap 1000 populasi dalam kalangan kumpulan yang tidak divaksin adalah jauh lebih tinggi iaitu 36.2 berbanding penerima vaksin Oxford-Astra Zaneca (7.1), Pfizer-BioNtech (6.6) dan CoronaVac (11.6).

“Sepanjang tempoh pemerhatian dari 1 April 2021 sehingga 9 Januari lalu, Malaysia telah melaporkan 2,440,873 kes jangkitan COVID-19. Ini termasuk 628,627 kes yang telah dilaporkan berlaku di kalangan individu di bawah umur 20 tahun, dan daripada jumlah tersebut 331,991 kes adalah di dalam kalangan lelaki.

Menurut beliau, sehingga Januari, seramai 80 peratus daripada penduduk di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.

“Namun, kajian-kajian di seluruh dunia termasuk di Malaysia juga telah menunjukkan penurunan tahap imuniti penerima-penerima vaksin setelah beberapa bulan menerima dos yang lengkap.

“Oleh yang demikian, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) mengesyorkan agar program pemberian dos penggalak kepada semua penduduk dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Menurut beliau, KKM akan terus memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti vaksin COVID-19 yang diberikan kelulusan bersyarat di negara ini memenuhi semua aspek keperluan kawal selia selaras dengan perkembangan terkini tentang penyakit dan vaksin COVID-19, sekali gus melindungi kepentingan rakyat dan negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan