25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Banjir makin pulih, jumlah mangsa di PPS terus menurun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN banjir di seluruh negara setakat pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun di tiga negeri yang masih terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Memetik laporan Bernama, di JOHOR, banjir semakin surut dan jumlah mangsa terus mencatatkan penurunan kepada 2,298 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,935 individu, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata empat daerah masih terjejas banjir di negeri itu melibatkan 35 PPS dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 873 orang, diikuti Segamat (734), Tangkak (610) dan Batu Pahat (81).

“Dua PPS telah ditutup iaitu Balai Raya Padang Kiambang dan Kompleks Penghulu Mukim Pogoh di Segamat, berikutan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan 66 mangsa daripada 15 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Temai di Pekan pagi ini.

Baca juga:   Mangsa banjir di Selangor, KL dikecualikan bayar bil air Januari

Sementara itu, PPS terakhir di Rompin yang menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga menamatkan operasinya malam tadi apabila mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jabatan Meteorologi turut meramalkan cuaca baik di daerah Pekan sepanjang hari ini.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di Melaka kini berjumlah 124 orang daripada 36 keluarga pagi ini dan semuanya masih ditempatkan di tiga PPS di Jasin.

Baca juga:   Lebih 150,000 pekerja pembuatan terima 2 dos vaksin

“Cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah, namun penduduk di lokasi berhampiran Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang kekal mencatatkan paras bahaya, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan